Pada peringkat awal program SeDAR, pasukan projek telah menjalankan kunjungan hormat ke agensi-agensi berkaitan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
Lawatan juga diadakan di pelbagai agensi teknikal lain di peringkat negeri dan persekutuan.
Pelbagai pertemuan juga diadakan untuk mengeratkan semangat bekerjasama di kalangan pasukan projek dan organisasi terlibat.
Pelbagai mesyuarat projek juga dijalankan secara berkala bersama ahli projek dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancang sepanjang tempoh projek.