APAKAH PROGRAM SEDAR?

Tentang SeDAR

SeDAR adalah sebuah program selama empat tahun yang dijalankan di empat lokasi terpilih di negeri Selangor. Dua daripadanya adalah kawasan berisiko tanah runtuh manakala dua lagi adalah kawasan banjir.

APAKAH MATLAMAT KAMI?

Objektif

Program SeDAR bertujuan melengkapkan kerajaan tempatan dan ketua-ketua komuniti dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menjalankan program pengurangan risiko bencana (DRR) secara berperingkat bermula daripada peringkat asas. Kaedah ini memupuk DRR berteraskan kemasyarakatan dan adalah langkah penting dalam membentuk komuniti yang berdaya tahan terhadap bencana.

Program ini menggunakan pendekatan unik dalam penglibatan komuniti melalui:

  • menyemai pemahaman risiko bencana berasaskan sains di kalangan pemimpin, masyarakat serta kerajaan tempatan, dan
  • memupuk semangat bergotong-royong dalam membentuk program dan aktiviti DRR mengikut kesesuaian pemahaman dan keperluan mereka.

PENDEKATAN PROJEK

Konsep Utama Projek SeDAR

Pemahaman risiko bencana oleh ketua masyarakat setempat

Untuk menerapkan pemahaman tentang risiko bencana dalam kalangan kerajaan tempatan dan pihak berkepentingan dalam komuniti

Program DRR dikelola dan dipimpin oleh masyarakat setempat

Memupuk kepimpinan dan sikap ingin menerajui oleh pihak berkepentingan bagi mengetuai projek DRR

Program akan diteruskan sendiri oleh masyarakat setempat

Sebagai peneraju program, masyarakat dan kerajaan setempat akan memastikan program dianjurkan secara berterusan

BAGAIMANA PROGRAM BERJALAN

Fasa-fasa Program

Terdapat lima fasa dalam program tersebut:

1

Memahami risiko berdasarkan ilmu dan analisa saintifik

2

Melatih pemimpin-pemimpin tempatan

3

Meningkatkan ilmu pengetahuan masyarakat tentang risiko bencana dan kesiapsiagaan

4

Merancang dan melaksanakan aktiviti DRR oleh komuniti

5

Merangka program mengikut kesesuaian masyarakat setempat

ms_MYBahasa Melayu