Pada 7 Oktober 2019, tiga sesi terawal komunikasi risiko di bawah program SeDAR telah dijalankan. Pada sesi ini, pegawai kerajaan tempatan dan pemimpin masyarakat Ulu Klang mendapat ilmu tentang ancaman dan sebab tanah runtuh, serta peranan komuniti dalam mitigasi tanah runtuh. Peserta juga belajar tentang peta ancaman dan peta risiko, serta penggunaan kedua-duanya untuk menggambarkan risiko tanah runtuh dan memulakan dialog dalam kalangan penduduk tentang tindakan masa hadapan yang boleh diambil sebagai tindakan pencegahan. Dalam sesi ini (dan sesi seterusnya) juga, satu wacana telah diberikan oleh pakar yang berkongsi pengalaman tentang pengurangan risiko bencana berasaskan komuniti di negara Jepun.

TENTANG PROGRAM INI

SESI KOMUNIKASI RISIKO BERSAMA KERAJAAN TEMPATAN & PEMIMPIN MASYARAKAT ULU KLANG
TEMPAT: KOMPLEKS PENGHULU MUKIM HULU KELANG, TINGKAT BAWAH, LORONG PENGHULU, GOMBAK
TARIKH: 7 OKTOBER 2019

Time Agenda Item
2:00 petang
2:15pm
Kata Alu-aluan oleh Puan Nazian Hanim binti Rahim, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak
2:20pm
Ucapan Pembukaan Program oleh Encik Muhammad Izzat Haziq bin Mohd Nazir, Penolong Pegawai Tadbir, Unit Pengurusan Bencana Selangor (SDMU), Kerajaan Negeri Selangor
2:25pm
“Overview of Disasters in Ulu Klang” by Mr. Muhammad Izzat Haziq bin Mohd Nazar
2:30pm
“About the Disaster Risk Report” by Ms. Eriko Motoyama, Project Coordinator, KL IRIDeS Office, Tohoku University
2:45 petang
“Communicating Risks in Ulu Klang” by Dr. Khamarrul Azahari bin Razak, Department of Engineering, RAZAK Faculty of Technology and Informatics
3:25 petang
Q&A
3:45pm
Rehat
4:00pm
“Community-Based Experience from Japan” by Dr. Shohei Matsuura, JICA Expert, Visiting Associate Professor, Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), University Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
4:50pm
What’s Next by Ms. Eriko Motoyama
5:00pm
Komen, maklum balas dan cadangan daripada peserta
5:25pm
Penutup
ms_MYBahasa Melayu