Komuniti Terlibat

TANAH RUNTUH

Batu 14, Hulu Langat

Batu 14 terletak di pinggir Kuala Lumpur, dalam daerah Hulu Langat. Kedudukannya paling timur di Negeri Selangor. Dahulunya merupakan kawasan perkampungan yang menawarkan tarikan pelancongan alam semulajadi dan inap desa, Batu 14 kini mengalami pembandaran yang pesat. Kawasan ini juga merupakan tapak kegagalan cerun, dengan nahas paling signifikan ialah tragedi tanah runtuh pada tahun 2011 di Madrasah At-Taqwa yang mengorbankan 16 orang anak yatim dan guru.

ms_MYBahasa Melayu