Papan Tanda Pusat Pemindahan

Papan-papan tanda pusat-pusat pemindahan berukuran 2 kaki x 3 kaki telah direkacipta, dicetak dan diedarkan untuk dipasang di mukim Kapar dan Hulu Langat. Ini adalah untuk menunjukkan dengan jelas kemudahan untuk pemindahan semasa kecemasan dan bencana kepada anggota masyarakat.

Reka bentuk itu dicipta bersama oleh ketua kampung Kapar dan Hulu Langat, yang memberi input bagi memastikan ia dapat difahami dengan jelas oleh semua lapisan masyarakat.  Papan tanda itu telah disahkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan diberi kelulusan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, pejabat daerah, dan majlis perbandaran.

Papan Tanda Pusat Pemindahan (Kapar & Hulu Langat)

ms_MYBahasa Melayu