Kegiatan DRR Komuniti 1: Bengkel Pemantauan Cerun Komuniti
Bengkel sehari untuk mengajar ahli komuniti cara-cara memantau cerun dan pemeriksaan dengan mata kasar dan tanda-tanda amaran awal tanah runtuh. Program ini diwujudkan sebagai tindak balas kepada permintaan masyarakat untuk sistem amaran terhadap kegagalan cerun di kawasan tersebut. Walaupun sistem amaran awal sangat bergantung kepada pelaburan sektor awam, sistem pemeriksaan visual untuk tanda-tanda tanah runtuh telah terbukti berkesan di kawasan lain di Selangor.
Sesi Pagi: Jabatan Mineral & Geosains (JMG) telah memberi pengetahuan asas tentang geologi kawasan Hulu Langat dan punca ia terdedah pada bencana tanah runtuh. Jabatan Kerja Raya (JKR) pula memberi penjelasan kejuruteraan/ geoteknikal tentang punca-punca tanah runtuh dan pengetahuan asas tentang cerun.
Sesi Petang: Para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan dan dibawa ke 2 tapak di Kg Batu 14 untuk membuat pemeriksaan dengan mata kasar. Di tapak tersebut, agensi kerajaan memberi taklimat tentang faktor yang membawa kepada kegagalan cerun.
TENTANG PROGRAM INI
Bengkel: 'Ketahui Tanda-tanda Tanah Runtuh: Kurangkan Risiko Tanah Runtuh 
melalui Pemantauan Visual'
Tempat: Dewan Dato' Nazir, Hulu Langat, Selangor
Tarikh: 9 Julai 2023
Agenda
| Masa | Item | 
|---|---|
| 9:15 pagi | "Memahami Geologi Kawasan Hulu Langat dan Punca ia Terdedah Pada Bencana Tanah Runtuh" oleh Jabatan Mineral & Geosains (JMG) Selangor | 
| 10:00 pagi | "Belajar tentang Cerun dan Tanah Runtuh” by oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun, Public Works Department (JKR) | 
| 10:55 pagi | "Pemantauan Cerun" oleh JKR | 
| 11:50 pagi | “Mengekalkan Cerun” oleh JKR | 
| 12:45 petang | Taklimat tentang logistik dan dibahagikan kepada kumpulan | 
| 2:00 petang | Lawatan tapak dan pemerhatian dengan taklimat oleh JKR dan JMG | 
| 3:30 petang | Sekembalinya ke dewan 
 | 
| 4:30 petang | Tips akhir oleh JMG dan JKR | 
| 5:00 petang | Tamat program | 






 Bahasa Melayu
Bahasa Melayu				 English
English