Kegiatan DRR Komuniti 1: Latih Amal Pemindahan Komuniti

Mukim Kapar menghadapi risiko banjir dari kedua-dua sempadan barat dan timurnya: potensi banjir sungai apabila terdapat paras laut tinggi dan banjir kilat berskala besar apabila terdapat larian air ribut dari kawasan perbandantan yang berjiran dengannya. Memandangkan kekerapan kejadian banjir, masyarakat perlu mempunyai prosedur pemindahan yang betul. Latihan ini dijalankan sempena latihan respons kerajaan, oleh itu acara ini lebih kepada latihan suai kenal laluan pemindahan dan bukannya latihan pemindahan komuniti. 

Latih Amal adalah acara dua hari untuk mengajak masyarakat (1) membiasakan diri dengan prosedur latihan pemindahan masyarakat dan (2) mengetahui sama ada siren banjir boleh didengari di dalam kawasan komuniti. Walaupun Kapar dan kawasan sekitarnya terdedah kepada banjir pantai, sungai dan kilat, tidak pernah ada latihan atau aktiviti DRR dijalankan sebelum ini. Oleh itu, terdapat keperluan untuk melaksanakan latihan pemindahan komuniti di kawasan projek.

Tentang Latih Amal Pemindahan Komuniti

Tempat (Pusat Pemindahan Sementara): Masjid At-Taqwa, Kapar

Tarikh: 13 & 16 September 2023

Bilangan peserta: 55

Taklimat dan Orientasi Pra-Latih Amal (13 September 2023)

  • Taklimat dan orientasi mengenai kegiatan-kegiatan yang akan berlangsung semasa latih amal, penjelasan tentang siren yang akan dibunyikan dan langkah-langkah yang perlu diambil, dan keterangan mengenai logistik pada hari latih amal.

Latih Amal Pemindahan Komuniti (16 September 2023)

  • Pelaksanaan latih amal -peserta pergi ke pusat pemindahan dari rumah masing-masing
  • Pendaftaran
  • Mengambil bahagian dalam Sesi Maklum Balas

Sesi Maklum Balas

  • Sesi maklum balas bersama peserta mendapati laluan itu mempunyai potensi bahaya terutama di jalan raya yang mempunyai longkang terbuka yang tidak dapat dilihat di bawah air banjir.
  • Difahamkan juga, siren banjir hanya kedengaran kira-kira 500 meter, manakala pengumuman masjid boleh didengari sejauh hampir 1 kilometer.

Peserta

Community members within Kapar sub-district
Ketua-Ketua Kampung
Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan bagi respon bencana

ms_MYBahasa Melayu