Kegiatan DRR Komuniti 1: Latihan Respons Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT)
Memandangkan mereka pernah menjadi mangsa beberapa tanah runtuh besar pada masa lalu, penduduk Bukit Antarabangsa, Ukay Perdana dan komuniti lain di sepanjang Ulu Klang, mereka menyatakan minat terhadap tindakan kecemasan. Salah satu rakan program iaitu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempunyai program latihan yang dinamakan 'Latihan Respons Kecemasan Pertahanan Awam' (CDERT). Salah satu objektif mereka adalah memupuk sekumpulan ahli bantuan berasaskan komuniti dilatih untuk memberikan bantuan tempatan pada masa kecemasan.
Latihan itu dikendalikan oleh APM dan dihadiri oleh komuniti di Ulu Klang dan Unit Pengurusan Bencana Selangor (UPBN). Sejumlah 31 sukarelawan komuniti menerima latihan mengenai asas pertolongan cemas, memadam kebakaran asas, menyelamat asas, sokongan hidup responden pertama, dan pengurusan pusat pemindahan.
Tempat dan Tarikh
Tempat: MPAJ Dewan Komuniti Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, Ulu Klang
Tarikh: 25 Jun 2023
Modul Program
Modul Pengenalan
Pertolongan Cemas Asas : Kenalpasti jenis kejutan akibat kehilangan darah, jenis-jenis luka, tercekik dan kesukaran bernafas.
RIngkasan Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara: Menggariskanoperasi sesebuah pusat, peranan agensi-agensi, pemasangan, penyediaan makanan, kaunseling , keselamatan dan kemudahan.
Asas Penyelamat Kecemasan: Menerangkan cara-cara memindah dan mengangkat mangsa dalam pelbagai senario.
Asas Melawan Kebakaran: Menerangkan punca dan jenis kebakaran, pergerakkan dan kesebaran haba panas dan api, cara-cara memadamkan api berasaskan bahan, latihan amali.
Peserta
Komuniti dalam Ulu Klang
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (penceramah)
Unit Pengurusan Bencana Selangor (UPBN)