Kemajuan yang memberangsangkan dapat dilihat ketika ahli Pasukan Projek bekerja keras mengumpulkan data sewaktu menjalankan analisa risiko di kawasan projek. Aktiviti mengumpulkan data primer dilakukan oleh Pasukan Projek jika data sekunder tidak dapat diperolehi dari agensi teknikal. Salah satu aktiviti yang signifikan ialah membuat model pemukaan digital bagi kawasan projek Kapar. Aktiviti tersebut melibatkan penerbangan dron yang dilengkapi peralatan LiDAR, menubuhkan titik kawalan tanah (GCP) dan menjalankan pascapemprosesan (post-processing) terhadap data yang diperolehi. Kesannya, peta digital kawasan Kapar berjaya dibangunkan supaya model pemetaan banjir dapat dibuat.
Kategori: Acara TerdahuluAcara terkini