Sepanjang bulan Oktober dan November 2019, sesi komunikasi risiko telah diadakan dalam kalangan pegawai kerajaan tempatan dan pemimpin masyarakat di empat kawasan projek. Dalam kesemua sesi ini, peserta dibekalkan dengan ilmu bagaimana dan mengapa kawasan mereka dianggap bahaya, apakah puncanya dan bagaimana risiko diurus di kawasan tersebut. Nilai penting yang dipelajari ialah melalui mitigasi dan tindakan proaktif, profil risiko kawasan mereka boleh diubah secara positif.

TENTANG PROGRAM INI

SESI KOMUNIKASI RISIKO BERSAMA KERAJAAN TEMPATAN & PEMIMPIN MASYARAKAT KAPAR 
TEMPAT: AUDITORIUM, TINGKAT 2, PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
TARIKH: 14 NOVEMBER 2019

Masa Item
9:40am
Ketibaan peserta
10:00am
Kata Alu-aluan oleh Tuan Haji Zainal bin Mohd Nor, Pegawai Daerah, Pejabat Daerah/Tanah Klang
10:05am
Tinjauan Umum Banjir di Kampung Sementa, Mukim Kapar oleh Encik Muhammad Izzat Haziq bin Mohd Nazir, Penolong Pegawai Tadbir, Unit Pengurusan Bencana Selangor (SDMU)
10:10am
Tentang Laporan Risiko Bencana oleh Encik Luqman Md Supar, Penolong Koordinator Projek, IRIDeS KL, Universiti Tohoku
10:25am
Sesi Komunikasi Risiko di Kampung Sementa, Mukim Kapar oleh Dr. Mohamad Hidayat bin Jamal, Sekolah Kejuruteraan Awam dan Pusat Kejuruteraan Pantai dan Lautan (COEI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai
11:10am
Sesi soal jawab
11:20am
Sesi bergambar berkumpulan
11:25am
Rehat
11:35am
Pengalaman Berasaskan Komuniti Negara Jepun oleh Puan Eriko Motoyama, Koordinator Projek, Pejabat IRIDeS KL, Universiti Tohoku
12:05pm
Sesi soal jawab
12:10pm
Apa Seterusnya oleh Puan Eriko Motoyama
12:15pm
Komen, maklum balas dan cadangan daripada peserta
12:30pm
Penutup
ms_MYBahasa Melayu