APAKAH PROGRAM SEDAR?
Tentang SeDAR
SeDAR adalah sebuah program selama empat tahun yang dijalankan di empat lokasi terpilih di negeri Selangor. Dua daripadanya adalah kawasan berisiko tanah runtuh manakala dua lagi adalah kawasan banjir.
APAKAH MATLAMAT KAMI?
Objektif
Program SeDAR bertujuan membekalkan kerajaan tempatan serta pemimpin masyarakat dengan ilmu dan kemahiran untuk menjalankan program pengurangan risiko bencana (DRR) di komuniti masing-masing. Program pengurangan risiko bencana yang mesra-masyarakat adalah langkah awal yang penting ke arah membangunkan komuniti yang berdaya tahan menghadapi bencana.
Program ini menggunakan pendekatan unik dalam penglibatan komuniti melalui:
- menyemai pemahaman risiko bencana berasaskan sains di kalangan pemimpin, masyarakat serta kerajaan tempatan, dan
- memupuk semangat bergotong-royong dalam membentuk program dan aktiviti DRR mengikut kesesuaian pemahaman dan keperluan mereka.
PENDEKATAN PROJEK
Konsep Utama Projek SeDAR
Pemahaman risiko bencana oleh ketua masyarakat setempat
Untuk menerapkan pemahaman tentang risiko bencana dalam kalangan kerajaan tempatan dan pihak berkepentingan dalam komuniti
Program DRR dikelola dan dipimpin oleh masyarakat setempat
Memupuk kepimpinan dan sikap ingin menerajui oleh pihak berkepentingan bagi mengetuai projek DRR
Program akan diteruskan sendiri oleh masyarakat setempat
Sebagai peneraju program, masyarakat dan kerajaan setempat akan memastikan program dianjurkan secara berterusan
BAGAIMANA PROGRAM BERJALAN
Fasa-Fasa Program
Terdapat lima fasa-fasa program:
1
Memahami risiko berdasarkan ilmu dan analisa saintifik
2
Melatih pemimpin-pemimpin tempatan
3
Meningkatkan ilmu pengetahuan masyarakat tentang risiko bencana dan kesiapsiagaan
4
Merancang dan melaksanakan aktiviti DRR oleh komuniti
5
Localise and sustain program