Terletak di pesisir Selat Melaka, penduduk mukim Kapar sering mengalami banjir berskala besar akibat gabungan air pasang besar dan hujan lebat. Walaupun ban telah dibina di sepanjang sungai utama Sg. Kapar Besar, terdapat kejadian limpahan sungai dan/atau kegagalan ban pada tahun-tahun yang lalu.