Komuniti Terlibat
TANAH RUNTUH
Ulu Klang
Kawasan Ulu Klang yang terletak di bahagian timur Kuala Lumpur dikenali sebagai kawasan yang kerap mengalami kegagalan cerun. Kawasan ini meliputi kaki bukit dan lereng bukit Banjaran Titiwangsa, menawarkan panorama indah alam semulajadi. Berdasarkan pengalaman berkaitan kegagalan cerun yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya, penduduk kawasan ini sentiasa berwaspada terhadap tanda-tanda tanah runtuh, terutamanya pada musim monsun.